sal FotoPage

By: Nonasal sal

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 6-Aug-2009 09:07 Email | Share | | Bookmark



Alhamdulilah, 36weeks menunggu ms je untuk berjumpa baby yg dikandungkan
selama 9bln ++ ni. Doakan la semua nya selamat dan dipermudahkan.


Friday, 24-Jul-2009 07:58 Email | Share | | Bookmark
MASA NYA TIBA

Minggu ke-36

Sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Puan akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.

Minggu ke-37,

Kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.

Minggu ke-38,

Puan tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.

Minggu ke-39,

Saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.

Minggu ke-40

Adalah minggu terakhir dan memasuki minggu ini adlaah saat yang ditunggu-tunggu. Puan akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Puan juga akan muali rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg. Jadi impian puan dan suami kini akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa sahaja lagi. Bersabar dan saya berharap semuanya selamat.



Friday, 24-Jul-2009 07:48 Email | Share | | Bookmark
MENHITUNG HARI KU

Minggu ke-32

Bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.

Minggu ke-33

Bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya puan perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana puan mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.

Minggu ke-34

Kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi puan telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.

Minggu ke-35

Berlaku perubahan pada diri puan. Puan akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Puan perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.






Thursday, 9-Jul-2009 02:20 Email | Share | | Bookmark
UPDATE

Salam, lame jgak ar xupdate fotopages ni. Bkan ar bz mana pon cuma ada sikap malas nk menaip je. huhu alhamdulilah & syukur sgt, kandungan sal dh masuk 32weeks (8 bln).
Persediaan utk sambut org baru dh ready dh. Sal beli mana yg perlu je dlu, yg lain2 tu bleh beli kemudiaan. Last scan masa 30weeks, doc kt baby sihat & aktif kepala pon dh dibawah, berat baby pula 1.25kg, air ketuban, uri & dll semua ok alhamdulilah. Cuma tinggal beberape mggu je lg. Tgk kwn2 yg dh selamat bersalin rs xsabr plak huhu
Mudah-mudahan semuanya berjalan ngan lancar, dan mudah bersalin, doa2 kan la ye









Thursday, 25-Jun-2009 07:19 Email | Share | | Bookmark
MEMGEMAS

Petang semalam lepas balik keje sempat la sal duk mengemas rumah. Tujuan sebenar nak cuci langsir, dh lame x cuci huhu dengan pertolongan hubby semuanya berjalan lancar.
Lepas je mengemas rumah duk tersadai kepenatan sambil tgk baby duk beralun2 kat dlm tummy ummie dier


Langsir sebelum nya

Dah siap tukar, huhuh

baby duk senyet ke site kanan


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net